BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, 15 July 2013

GIGI GERAHAM BONGSU ATAU WISDOM TEETH

Assalamualaikom.

Good day to everyone 

Harini, tamat sudah ramadhan pertama. Tapi bukan untuk saya. Mula puasa saya dah tak puasa. Hehe. Sebab? 3 hari sebelom itu saya cabut gigi. Geraham tahu. Gila sakit ( tapi takpe doc Samuel tu hensem walopun hanya dapat tengok mata sepet jer ) Sini saya tulis sket details untuk rujukan sape yang nak mengadap azab tersebut ~

Nama saintis panggil : Wisdom teeth surgery
Durasi proses: 30 – 40 minit
Ni paling penting. MC paling padan muka : 2 hari
MC paling tahap gaban lama: 5 hari ( hasil gugel ni )
** tapi memadai 3-4 hari jer. Mcm saya
Pantang memantang : Hari 1st minum pakai straw. Hari seterusnya langgah je air trus pakai jug. Huhu
** minum yang sejuk2. Makanan lembut2 (4 hari tak makan nasi. 1 kilo lebih turun )
Bayaran : Gomen yang baik = RM 50 jer

**Private clinic might be over than RM200. Sakit nak tanggung sama jer :P

Steps:
  1. Doc akan x-ray dulu yang mana nak cabut itu. Bagi info sikit blablablabla..
  2. Bius sampai tak rasa sakit ( saya kene more than 4 )
  3. Sesi cungkil cungkil, tolak sana sini, sampailah saya bunyi kriuuukkkk OMGOMGOMG
  4. Pastu celik sikit tengok doc dah macam apek jahit kepala kasim baba ( sumpah ngeri time ni )
  5. Siap jahit x-ray lagi. Time ni doc akan citer ape jadi kat tempat yang dah operate tu

So, anda akan buang jahitan itu selepas SEMINGGU. Diulangi. SEMINGGU. OhMG. 
Tak ape. Jumpe lagi doc comel itu wink wink



** sakit akan buat kita bersyukur tiap saat ketika kita sihat. Tak gitu??

0 comments: